Taklimat Mencegah Kebakaran dan Demonstrasi Memadam Kebakaran

23 Jun 2019 | Aktiviti Terkini

Pada hari Sabtu yang lepas, 22 Jun 2019, bersempena dengan hari terbuka, PI Kg Luak dengan kerjasama Jabatan Bomba dan Penyelamat Zon Miri telah menganjurkan taklimat mencegah kebakaran dan demonstrasi memadam kebakaran di bilik latihan dan di kawasan lapang PI Kg Luak.

Peserta merupakan penduduk komuniti setempat dan kakitangan pusat internet sekitar Miri. Para peserta didedahkan dengan langkah-langkah untuk mencegah kebakaran dan cara untuk memadam api jika berlaku kebakaran. Diharap dengan taklimat ini, semua peserta dapat memanfaatkan ilmu yang diperolehi sekiranya berlaku sesuatu perkara yang tidak diingini pada masa hadapan.

Berikut adalah gambar sepanjang aktiviti ini dijalankan:

Kembali Ke Atas

kembali